Ilmu yang berkat

PBSI-2 (1)

 

Advertisements

Pengenalan

Projek Pas Buku Sebar Ilmu dijalankan oleh Yayasan Nusrah, dan diharapkan untuk ditiruvasi dan dijalankan juga oleh kelompok kerja amal yang lain. Projek ini bertujuan meningkatkan  kadar penggunaan buku individu yang tersimpan di rak masing-masing. Projek ini juga membuka peluang bagi mereka yang berminat untuk  berpeluang membaca bahan bacaan yang lebih banyak dengan modal yang murah sahaja. Disamping itu, pendapatan yang dijana hasil dari projek ini boleh dimanafaatkan untuk aktiviti kerja amal.

PBSI  mengumpul bahan bacaan yang bermanfaat yang disumbangkan oleh sesiapa sahaja kepada Yayasan Nusrah. Penyumbang boleh meniatkan sedekah atau mendapatkan mata  PBSI yang boleh ditukarkan dengan  buku.  Pembaca pula boleh memulakan aktiviti dengan membeli buku pada harga rendah.  PBSI menggalakkan pembaca untuk menyumbangkan semula buku tersebut kepada perpustakaan PBSI untuk dikitarkan semula. Buku itu  juga boleh disimpan terus, atau ditukarkan dengan  buku yang lain yang mempunyai nilai mata yang sama.  Secara umum, harga  jualan yang ditawarkan adalah 50% – 75% dari harga asal buku.

Sahabat kepada Yayasan Nusrah boleh mengusahakan sendiri perpustakaan PBSI ini di bawah nama mereka sendiri atau di bawah nama Yayasan Nusrah. Hubungi Kami di 0124221900 ( Nadiyah) 0124519001 (Syuhada)